Saturday, November 20, 2010

Buku Congak Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah

Congak? Apa itu congak. Congak adalah satu jenis elemen pengiraan yang yang menggunakan akal atau dalam Bahasa Inggerisnya dinamakan Mental Calculation. Pengiraan menggunakan cara ini amat membantu dalam menjawab peperiksaan. Sebabnya? Ianya menjimatkan masa menjawab. Lebihan masa menjawab itu boleh digunakan bagi menyemak soalan-soalan yang kurang pasti ketepatan jawapan yang diperolehi.
Pengiraan congak boleh dilatih seawal murid berumur 7 tahun. Sebaik-baiknya sebelum diajar cara congak, hendaklah diajar konsep operasi terlebih dahulu. Sebagai contoh, sebelum mencongak bagi operasi tambah, konsep tambah perlu murid ketahui. Ia penting kerana apabila guru memberi penerangan dengan menggunakan bahan maujud, murid dapat mengaitkan dengan soalan yang dijawab.

Kenapa congak penting kepada murid-murid? Persoalan ini jarang difikirkan oleh guru sedangkan ianya adalah aspek penting dalam matematik. Saya teringat kepada murid-murid di sekolah saya. Bila disemak, soalan-soalan peperiksaan, mereka banyak membuat kesilapan yg mudah. sebagai contoh menambah tapi tak kumpul semula, tolak tapi tak pinjam, tak ingat sifir serta tak pandai membahagi. Ini adalah soalan asas dalam matematik. kalau ditanya kepada murid-murid tersebut matematik itu senang atau susah, tentu mereka kata matematik itu susah. sedangkan apa yang mereka tidak tahu itu sebenarnya amat asas dalam matematik dan mereka sebenarnya tidak memahami konsep operasi tersebut.
Berbalik kepada menjawab persoalan tadi kenapa ianya penting... banyak jawapan yg boleh diberikan antaranya:
      1)Membantu dalam menjimatkan masa semasa menjawab soalan peperiksaan.
      2)Memupuk konsep buat dan semak kendiri. Maksudnya murid boleh membuat latihan dan menyemak sendiri jawapan yang telah dijawab.
      3)Memupuk semangat pertandingan yang sihat dalam matematik. Maksudnya, semasa menjawab soalan ini, kita dapat melihat ada murid yang dapat menjawab mengikut standard masa yang ditetapkan manakala ramai murid yang gagal mengikut masa yang ditetapkan. Dengan sedikit motivasi guru dan galakan, murid akan melatih secara bertubi-tubi menjawab soalan yang sama berkali-kali. Dengan istilah matematiknya dipanggil latih-tubi, murid akhirnya bukan sahaja dapat menjawab soalan dengan tepat malah dapat mengikut masa yang ditetapkan.
     4)Memupuk semangat dan minat terhadap matematik tanpa disedari oleh murid itu sendiri.
     5)Mengubah persepsi bahwa matematik itu susah.

Tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita berjaya mengubah tanggapan murid yang mengatakan bahawa matematik itu tidak susah, kita sebenarnya telah berjaya mengeluarkan murid tersebut dari kelompok negatif kepada kelompok yang positif. Maka tugas selepas itu lebih mudah sebenarnya.

Ingin juga saya berkongsi cerita di sekolah saya, mengenai "fobia" sifir darab yang ramai guru mengatakan bahawa murid susah nak ingat sifir... Saya cuba nak ubah tanggapan tersebut. Azam saya, murid tahun 2 akan dapat membaca sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5 hingga sifir 9 dan sifir gandingan nombor yang sama seperti 1x1, 2x2, 3x3, 4x4 hingga 9x9.... mengatasi murid-murid tahun 6.
Cerita ini berlaku awal tahun 2010. Saya mengajar tahun 2. Murid tahun 2 masih belum diajar mengenai sifir darab. Jadi mereka ini langsung tidak mengetahui mengenai darab. Jadi pada awal tahun, saya memperkenalkan sifir darab dengan menggunakan lagu "Anak Itik Tok Wi". Pada pertama sekali mereka "excited" sangat-sangat. Maklumlah, suara cikgu macam suara itik ni nak nyanyi! Bila diberitahu bahwa cikgu nak nyanyi, murid yang dulunya takut sebab dulunya saya ni garang dengan murid-murid. Ramai yang "excited" dan ramai juga yang muka mereka seolah-olah tidak percaya. Bila saya start nyanyi, semua murid tersenyum, mungkin dengar suara cikgu dia ni "sedap" jugak (perasan la pulak). Tapi yang penting, murid tahu lagu tu dan tak sabar-sabar nak menyanyi.
Mereka memang tak tahu langsung sifir darab jadi kenalah terangkan sedikit mengenai cara menyanyi lagu sifir ni. Mula-mula saya tulis dulu sifir yang untuk dinyanyikan. Contohnya, kalau sifir 2. tulis nombor sifir tu di depan. Seperti, 212 224 236 248 2510 2612 2714 2816 2918. Selepas tulis tu, kita nyanyi skali depan murid-murid. Tak kiralah, suara ni macam itik ke, maacam katak ke, yang penting murid tahu nak nyanyi lepas ni. Kemudian mintak mereka nyanyi. Lepas mereka nyanyi satu "round" sifir, padam sifir yang atas sekali dan seterusnya hingga habis sifir tu kita padamkan. jadi sekarang ni sifir tersebut orang putih panggil "viusualised memory". Walaupun tak nampak di papan hitam tapi nampak di kotak pemikiran mereka.
Tetapkan sasaran, dalam minggu tersebut semua murid "at least" dapat baca beramai-ramai dengan lancar tanpa tersekat-sekat. ... ( kisah ini akan dikemaskini secepat mungkin ada hal yang lebih penting )...

No comments:

Post a Comment